Wednesday, 16 March 2016

KEKURANGAN YANG SELALU ADA PADA DIRI KITA .

Sharing info daripada: http://mudahtakaful.com/
Melayu Kurang Miliki Takaful

Memang tidak boleh dinafikan kesedaran tentang perlunya perancangan takaful masih lagi rendah dikalangan orang Melayu. Kalau anda berjumpa dengan 10 orang Melayu, secara purata hanya 3 orang sahaja yang memiliki perlindungan takaful.
Ada sesetengah individu menyatakan bahawa mereka tidak mengambil perlindungan takaful kerana pendapatan isi rumah mereka hanya cukup-cukup sahaja. Ironinya mereka boleh pula melanggan Siaran TV berbayar dan membayarnya tanpa gagal setiap bulan.
Pada saya, kekangan pendapatan bukanlah punca utama mengapa ramai masyarakat Melayu masih tidak memiliki perlindungan takaful. Kurangnya kefahaman tentang tujuan dan manfaat takaful, ditambah pula ceteknya pengetahuan tentang pengurusan dan perancangan kewangan adalah sebab sebenar.
Proses perancangan kewangan dan harta Islam boleh dibahagikan seperti berikut:
  1. Mencari dan mengumpul harta
    Poster2
  2. Mengguna dan mengembangkan harta
  3. Menyuburkan harta dan Merancang perlindungan keluarga
  4. Merancang pembahagian harta
Daripada urutan proses di atas, kebanyakan masyarakat kita hanya fokus kepada proses pertama dan kedua. Manakala proses yang ketiga dan keempat sangat kurang diberi perhatian. Perlindungan Takaful berada pada tingkatan yang ketiga bersama-sama dengan perancangan penyuburan harta (membayar zakat).
Tahukan anda, kesedaran tentang perlindungan takaful (atau insurans) adalah lebih tinggi dikalangan masyarakat Cina berbanding masyarakat melayu. Sebab itu, dalam keluarga masyarakat Cina, apabila berlaku kematian kepada ketua keluarga atau pencari pendapatan, nasib ahli keluarga tetap terus terbela kerana simati meninggalkan manfaat insurans.
plan your future
Berbanding dengan sesetengah masyarakat Melayu, apabila ketua keluarga ditakdirkan meninggal dunia, nasib waris akan menjadi tanda tanya.
Disebabkan tiada perlindungan takaful, waris akan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan pula jika si mati hanya meninggalkan hutang! Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga’.
Jika simati meninggalkan tunai atau harta yang banyak, harus diingat ianya sudah membentuk pusaka simati dan ada perkara atau hak yang perlu dilakukan mengikut keutamaan.
Justeru sebagai peringatan bersama, sertailah pelan perlindungan takaful segera. Ia bukan sahaja akan menyediakan dana kecemasan untuk waris anda, bahkan merupakan satu mekanisma untuk anda melakukan kebajikan dan perancangan ibadah.
Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Do you interested,, come on fill me ! !